Hari ni aku rasa bersyukur sangat pada Yang Maha Esa kerana memberi peluang ini untuk aku menebus kesalahan aku pada orang yang aku sayang.
Aku tahu dan aku sedar kehidupan tak semestinya akan sentiasa baik , Allah menguji kita dengan ujian yang kita boleh menyelesaikan dengan akal dan fikiran kita .Tak semua yang mampu kita miliki .Aku redha dengan ketentuan-Nya. Aku berazam untuk menjadi gadis solehah di mata Allah. Semua orang mempunyai kisah silam yang hitam dan x boleh lupakan . Mungkinkah kisah silam boleh jadi halangan untuk kita dipandang serong masyarakat? Itu masanya Taubat datang untuk kita tidak mengulangi kesilapan lepas. Kita hanya boleh tawakal , terus beristiqamah dan berserah pada Allah S.W.T. .
Aku bersyukur kerana Allah S.W.T. memberi peluang ini mengenal dunia mengejar amar makruf nahi mungkar untuk akhirat kelak.Terima kasih Mummy, Daddy dan adik- adik memberi semangat walaupun aku pendam semua masalah sendiri sebab fikir xnk menyusahkan tapi sebaliknya. Aku akan mendoakan semua orang yang sayangi aku malah yang membenciku yang terbaik.. Aku minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki aku ikhlas dan yang kebaikan datang dari Allah S.W.T. yang kelemahan datang daripada aku.
Assalamualaikum :)
Gadis yang penuh dengan dosa.
No comments:
Post a Comment